Halaqah Jasmani

Diri kita terbina dari tiga pecahan utama yang kadangkala dipanggil fakulti insan iaitu roh, akal dan jasmani atau jasad. Roh perlu dihidupkan dengan pengisian ibadah khusus dan umum. Akal pula perlu dibajai dengan ilmu, pengetahuan dan hikmah. Manakala jasmani atau jasad pula perlu dijaga dengan memakan makanan yang halal dan berkhasiat dan diberi hak untuk 'exercise' atau beriadah. Sabda Nabi yang bermaksud: muslim yang kuat itu lebih dikasihi oleh Allah dari muslim yang lemah. Hadis ini tidak bermaksud mengenepikan orang yang lemah mahupun orang yang sakit. Sebaliknya ia memotivasikan muslim untuk berusaha menjadi kuat roh, akal dan jasadnya. Saya mengubahsuai halaqah kami hari ini kepada halaqah jasmani. kami sekeluarga berjogging di sepanjang Sungai Kapeh Segamat untuk mengeluarkan peluh dan membakar lemak dan kolestrol yang ada. Kami memulakan dengan 'warm up' dari kepala ke kaki, kemudian berlari dan berjalan berselang-seli. Bila penat kami berjalan laju, bila OK...