Halaqah keluarga 2

Berhampiran masjid ini, malam ini kami mengadakan halaqah keluarga selepas makan malam. Sebagai pendahuluan saya meminta anak-anak mengingati nikmat Allah yang telah mereka nikmati sepanjang hari ini. Masing-masing diam dan mengingati apa yang berlaku sepanjang hari.


Hmm... banyak-banyak.

Itu baru hari ini, selama inipun kita telah dapat nikmat yang begitu banyak dari Allah SWT. Jadi sudah tentulah kita perlu banyak bersyukur kepadaNya. Kita juga perlu mengucapkan selawat dan salam untuk Nabi kita kerana telah menyebarkan Islam hingga Islam itu sampai kepada kita pada hari ini. Cuba bayangkan kita jadi apa kalau agama Islam tak sampai kepada kita. Mungkin menganut agama lain.

Bila kita terima Islam maknanya hidup kita terarah. Allah tunjukkan kepada kita jalan mana hendak diikut supaya kita sampai ke matlamat yang hendak kita tuju (akhirat) yang kekal selama-lamanya.

Kali ini kita nak bincang tentang kisah pemuda-pemuda sahabat Nabi. Contohnya Usamah bin Zaid. Dia telah dipilih oleh Nabi untuk memimpin tentera Islam ketika umurnya baru 18 tahun. Cuba abang bayangkan Fazli (sepupu) yang dah nak masuk 18 tahun. Sebab apa Nabi lantik dia jadi panglima? Sebab iman dia menyamai iman sahabat-sahabat yang telah dewasa, pada masa yang sama dia mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang baik.

Selain dari Usamah ada lagi pemuda-pemuda Islam yang terkenal, contohnya Abdullah bin Umar dan Abdullah bin Abbas. Kedua-duanya rapat dengan Nabi dan banyak meriwayatkan hadith. Nama mereka disebut hingga ke hari ini.

Jangan lupa juga Saidina Ali, khalifah Islam keempat, menganut Islam ketika umurnya baru 8 tahun, macam umur abang sekarang.

Kesimpulan yang dapat kita buat pada malam ini ialah. Allah memandang kemuliaan seseorang itu berdasarkan ketakwaannya. Begitu juga dengan Nabi. Tua atau muda tidak menjadi ukuran. Jadi sebenarnya kakak, abang dan adik pun boleh jadi seperti mereka, boleh menjadi manusia yang soleh, taat perintah Allah, tinggalkan larangannya, berdakwah dan menjadi contoh kepada orang lain.

Sekian halaqah kita untuk malam ini.

Comments

Popular posts from this blog

Wau bulan

Empat tahiyat?

PhD - Apa selepas PhD?