Selamat tahun baru 1431 hijrah

1 Muharram muncul lagi. Kali ini 1431 Hijrah. Setiap tahun yang berlalu bermakna umur kita berkurangan lagi sebanyak setahun. Begitulah halnya dengan hari, jam, minit dan saat yang kita tinggalkan.
Soalan untuk diri sendiri. Sudahkah aku berhijrah sebagaimana Nabi dan para sahabat berhijrah? Ataupun, sudahkah aku dan keluargaku menghayati hijrah Nabi dan para sahabat dalam kehidupan seharian?
Nabi pernah bersabda yang bermaksud: tidak ada hijrah (seumpama hijrah Nabi dan para sahabat) selepas dari Fathul Makkah (pembukaan semula kota Mekah oleh Nabi) kecuali niat. Nabi juga pernah bersabda yang bermaksud: setiap amalan sah dengan niat dan setiap amalan akan dikira berdasarkan apa yang diniatkannya. Barangsiapa yang (niat) hijrahnya kerana Allah dan rasulNya, maka (ganjaran) hijrahnya kerana Allah dan rasulnya. Barangsiapanya yang hijrahnya kerana selain dari itu (contohnya kerana harta atau wanita), maka apa yang akan diperolehinya hanyalah apa yang diingininya...
Marilah kita berazam sekali lagi bagi kesekian kalinya untuk menghayati konsep hijrah ini. Marilah kita perbaiki diri dan keluarga kita dan ajaklah orang lain.
Selamat menyambut tahun baru hijrah.
****
Saya mencari Masihi - Hijrah Converter dalam Google. Saya menemui pencarian saya di sini. Hmm... bulan Muharram adalah bulan kelahiran saya dan usia saya telah menghampiri 40.
Ya Allah! peliharalah aku dan keluargaku dari api neraka, yang bahan bakarnya batu dan manusia. Peliharalah juga ibubapaku, adik beradikku, sahabat handaiku, guru-guruku dan seluruh umat Islam. Amin.

Comments

Anonymous said…
apa yang saya cari, terima kasih

Popular posts from this blog

Wau bulan

Empat tahiyat?

PhD - Apa selepas PhD?