Halaqah keluarga - ulangkaji

Pensyarah memang kerjanya bercakap. Namun bukan mudah untuk bercakap dengan anak-anak sendiri. Di pihak anak-anak pula bukanlah mudah untuk memberi tumpuan kepada ayahnya sebagaimana mereka memberi tumpuan kepada guru-guru mereka. Walaupun cuma lima belas minit.

Namun ia bukanlah alasan yang saya boleh beri untuk bercuti halaqah keluarga minggu ini. Saya memulakan halaqah dengan meminta anak-anak mengingat kembali pelajaran yang kami bincangkan dalam dua halaqah yang lepas: tujuan penciptaan manusia; kekuasaan Allah ke atas langit dan bumi serta isinya; kisah pemuda-pemuda hebat yang menjadi pendokong-pendokong Islam; perlunya kita mencontohi mereka.


Saya membuat satu kejutan dengan meminta Abang dan Kakak mengambil pensil dan kertas. Adik pun nak pensil dan kertas: kata Adik. OK, malam ini ayah nak minta Kakak dan Abang jawab beberapa soalan berdasarkan kepada pelajaran yang telah kita bincangkan sebelum ini. Ala ayah ni...: jawab Kakak dan Abang serentak.


OK, soalannya ialah, satu, apa tujuan Allah menciptakan manusia, dua Allah nak jadikan manusia sebagai apa di bumi, tiga, Apa yang dikuasai oleh Allah, dan empat, sebutkan dua nama pemuda yang hebat di zaman nabi yang dikenali hingga ke hari ini. Markahnya kita akan kumpulkan hingga awal Januari.


Hasilnya, Kakak dapat 41/4 dan Abang dapat 4 daripada 5 markah. Sebagaimana dalam kelas, pelajaran dalam halaqah pun kadangkala perlu diuji. Tapi sebenarnya bukan markah itu yang penting. Sebaliknya bagaimana pelajaran itu dihayati dalam kehidupan.

Comments

Adliff said…
Salam,

Ustaz Halim,

Bagusnya. :) Kalau ada ujian, pastinya mereka akan beri tumpuan kerana tahu soalan kefahaman pasti akan ditanya.

Teringat ragam Ustaz Zamri dalam Mari Mengaji. Saya sangat suka dengan kaedah pengajaran yang dibawakan oleh beliau.

Dulu, ustazah saya sangat garang. Salah jawab, disebatnya sampai berbekas. Hasilnya, ilmu tidak masuk. Saya membenci ustazah itu. (Umur 7 tahun). Pada fikiran saya ketika itu, mengapa beliau merotan murid yang tidak tahu dan faham. Bukannya saya tidak menumpukan perhatian ketika beliau mengajar.

Datuk saya mengajar mengaji, diajar dengan lembut dahulu, sesudah berkali-kali barulah dirotan sebagai peringatan. Bukan semberono merotan anak kampung.
Salam Aliff,

Terima kasih kerana sudi berkongsi cerita.

Kadang-kadang kita perlukan kejutan. Begitu juga anak-anak kita. Kalau boleh, buat sesuatu yang mereka tak jangkakan..

Ustaz Zamri memang diminati bukan oleh anak-anak sahaja, malahan ibubapa pun sama-sama menonton.

Hmm.. seingat saya, ustaz-ustazah saya baik-baik belaka. Paling teruk pun kena cubit kat perut atau pulas telinga je. Memang banyak tunjuk ajar mereka untuk saya dan kawan-kawan. Bila teringat, kesian pula diorang sebab dapat anak-anak murid yang agak nakal.
Unknown said…
Salam En halim,

Bagus pendekatan sebegini, boleh dijadikan contoh untuk anak-anak saya pula. Insyallah.

Good luck untuk progress presentation. Mohon Allah permudahkan.
Salam Kamal,

Saya yakin Kamal dan isteri mampu melakukannya. Selamat mencuba.

Alhamdulillah, progress presentation telah berlangsung dengan aman. Namun saya kena lebih fokus lagi.

Popular posts from this blog

Wau bulan

Empat tahiyat?

PhD - Apa selepas PhD?