Halaqah keluarga 4

Kali ini Abang bersetuju menjadi pengerusi. Alhamdulillah. Biasanya dia memang tak mahu.
Saya memulakan dengan melontarkan satu pertanyaan. Seronok tak kalau kita dapat kejayaan, contohnya dapat nombor satu atau dua dalam kelas? Tentu seronok kan? Ha... macam tu lah perasaan yang dialami oleh para sahabat Nabi apabila umat Islam dapat mengambil alih semula Kota Mekah setelah ditinggalkan tanpa berlaku pertumpahan darah. Bukan itu saja orang Quraisy yang begitu memusuhi umat Islam pula berbondong-bondong menyatakan keIslaman mereka dan bersedia menjadi pendokong Islam.

Lalu, Allah menurunkan satu surah pendek di Padang Arafah mengajarkan kepada Nabi dan para sahabat apa yang perlu dilakukan sebagai respon kepada kemenangan ini.
"Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (1) Dan kamu melihat manusia berbondong-bondong untuk masuk ke dalam agama Allah (2) Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan pohonlah keampunan, sesungguhnya Dia maha penerima taubat".
Apakah pengajarannya anak-anak?
Apabila kita mendapat pertolongan atau kejayaan, janganlah kita merasa bahawa kejayaan tersebut adalah disebabkan hasil usaha kita semata-mata. Sebaliknya kita mestilah merasai bahawa segala kejayaan tersebut sebenarnya dari Allah. Jadi kita perlu mensuci, memuji dan bersyukur kepadanya. Pada masa yang sama kita dianjurkan supaya beristighfar memohon ampun kepada Allah kerana ditakuti kita merasa kejayaan itu adalah hasil usaha kita. Dan kita kena yakin bahawa Allah sentiasa menerima taubat hamba-hambanya.

Comments

Popular posts from this blog

Wau bulan

Empat tahiyat?

PhD - Apa selepas PhD?