Masam manis perjalanan PhD - Betulkah buat PhD?

Seorang rakan dari jabatan lain bertanya masa bila saya buat PhD. Tup-tup dah tamat, katanya. Hampir setiap pagi nampak saya hantar anak ke sekolah. Begitulah hakikat yang perlu dihadapi kalau sambung PhD di universiti tempatan. Lebih-lebih lagi kalau hampir setiap hari dapat dilihat oleh rakan-rakan di jalanraya, pejabat mahupun pasar malam.

Hakikatnya PhD adalah pengajian yang boleh dibawa ke mana-mana: dalam kelas, dalam kereta, dalam beg, di pejabat di rumah mahupun di tempat-tempat lain. Namun perlu diingat, PhD ini adalah merupakan perkonsian di antara pelajar dengan keluarga dan juga penyelia-penyelia. Asalkan kita dapat menepati pertemuan dengan penyelia-penyelia - tentunya dengan progress tertentu, insyaAllah di mana-manapun kita boleh lakukan kerja-kerja PhD. Tetapi ini hanya boleh dilakukan setelah proposal kita diluluskan oleh pusat pengajian.

Comments

Adliff said…
selamat bergraduat sebagai doktor, ustad. tahniah. :) dulu abang ipar saya selalu berjenaka, phd=permenent head damaged.
Terima kasih Tuan Aliff. Mudah-mudahan tiada yang permanently damaged.
Unknown said…
dok buat phd nih, do you have any suggestion on how to manage my time, kids, family, on study leave
Mohd Halim Kadri said…
Salam Puan. Bincang-bincanglah dengan suami macam mana nak manage. Semuanya perlukan perhatian sewajarnya.

Popular posts from this blog

Wau bulan

Empat tahiyat?

PhD - Apa selepas PhD?