Masam manis perjalanan PhD (21) - Work station

Di awal pengajian pada tahun 2008 semua perjalanan ulang-alik ke Shah Alam sangat mengujakan walaupun kadangkala memenatkan. Pada hujung minggu Sabtu dan Ahad ada kelas Research Methodology yang dikendalikan oleh Prof Chan dan Prof Parmjeet. Yang lebih mengujakan ialah bertemu rakan-rakan seperjuangan, bertanya khabar, bercerita tentang ilmu baru, penemuan baru.
Pada pertengahan minggu pula pergi ke fakulti di tingkat 12 Menara SAAS. Kadang-kadang ada talk dari profesor pelawat dari US, Australia, ada juga dari UK. Sambil tu jumpa dengan penyelia kedua berbincang sedikit sebanyak progress. Selebihnya menziarah kawan-kawan yang sedang tekun mengadap komputer di work station masing-masing. Masih teringat lagi rakan-rakan seperjuangan yang ada work station di tingkat 12 Fakulti, antaranya Kak Suria, Eley Suzana, Yusri dan beberapa nama lain. Yusri yang selalu berkongsi ilmu baru tentang software yang berguna untuk student PhD antaranya software untuk mengumpulkan artikel bagi memudahkan penulisan literature review - terima kasih Yus.

Bagaimana dengan saya? Saya sendiri tidak punya work station di tingkat 12, saya hanya menumpang sekali-sekala sebab work station saya di Segamat. Bolehkah begitu? Saya telah meminta kebenaran dari Dekan untuk melakukan kerja-kerja PhD saya di Segamat kerana penyelia utama saya di Segamat.

Work station itu penting. Namun tempat letaknya ialah tempat di mana sebahagian besar dari waktu kita berada.


Akhirnya, work station yang sentisa bersama dengan saya ialah sebuah note book bersaiz kecil yang dilengkapi beberapa software termasuk SPSS dan beberapa buah pen drive untuk menyimpan data. Itulah peneman saya hinggalah saat saya viva.

Comments

Popular posts from this blog

Wau bulan

Empat tahiyat?

PhD - Apa selepas PhD?