Masam manis perjalanan PhD (23) - Significance of the study

Significance of the study boleh menjadi isu yang cukup memeningkan kepala bagi pelajar PhD sekiranya kita tidak benar-benar faham pengertiannya.
Significance dalam Bahasa mudah ialah kepentingan atau erti.

Katakanlah di suatu tempat terdapat dua buah kampung atau penempatan yang dipisahkan oleh sungai. Untuk berurusan dari segi sosial seperti kenduri-kendara mahupun berekonomi seperti berjual beli hasil pertanian, penduduk di kedua-dua kampung telah menggunakan sampan dari dulu lagi. Kemudian salah seorang penduduk kampung telah mencadangkan supaya dibina jambatan untuk menghubungkan dua kampung tersebut. Jadi apakah jambatan itu penting dan memberi erti kepada penduduk kampung? Sekiranya penting, sejauh mana kepentingan membina jambatan tersebut.

Baiklah, jambatan itu mempunyai kepentingan iaitu menjadi alat untuk menghubungkan kedua-dua kampong, memudahkan urusan yang berbentuk sosial seperti kenduri-kendara dan juga memudahkan urusan perekonomian seperti jual beli hasil pertanian dan barangan keperluan.

Berbalik semula kepada penyelidikan. Adakah penyelidikan kita mempunyai kepentingan atau erti sebagaimana jambatan tadi? Sekiranya ya, kita perlu jawab pula soalan berikutnya iaitu sejauh mana kepentingannya?

Dari sinilah nanti kita akan buat keputusan sama ada untuk meneruskan tajuk kita atau tidak.

Comments

tenB9 said…
Tinggi maqam ilmu ni. ada unsur2 tersirat

Ilmu Super duper duper Senior Vs Ilmu Pelajar Revolusi PHD
Semoga perjalanan PhD Tuan dipermudahkan.

Popular posts from this blog

Wau bulan

Empat tahiyat?

PhD - Apa selepas PhD?