Masam manis perjalanan PhD (22) - Jangan tergesa-gesa buat PhD


Jangan tergesa-gesa untuk sambung PhD walaupun kawan-kawan seorang demi seorang dah pergi. Persiapkanlah dulu diri dengan sekurang-kurangnya sedikit pengalaman penyelidikan. Apa yang saya maksudkan dengan pengalaman penyelidikan ialah, kita melalui proses menyiapkan dari a sampai z sebuah penyelidikan walaupun ianya berskala kecil. Tidak mengapa walaupun penyelidikan kita itu berskala kecil. Dengan menjalankan penyelidikan sepenuhnya sendirian, memberi kita pengalaman yang cukup bermakna. Sekurang-kurangnya bila kita terhenti seketika atau lost sebentar dalam pengajian, kita sedar kita sedang berhenti di mana dan nak sambung dari mana.

Pada dasarnya sebuah penyelidikan mengandungi 5 bahagian iaitu introduction, literature review, research methodology, findings dan conclusion and recommendation. Namun dalam PhD sebenar ia boleh menjadi 6 hingga 8 bahagian disebabkan isi dan perbincangan terlalu banyak.


Pada hari ini kebanyakan kita pernah membuat penyelidikan. Namun kita biasa melakukannya secara kolaborasi. Kadang-kadang kita cari tajuk, orang lain pula yang buat introduction. Kita buat literature review orang lain buat research methodology dan seterusnya. Tidak dinafikan, proses begini boleh membantu dalam pengajian Phd, namun pengalaman membuat penyelidikan dari a sampai z akan lebih bermakna. Kenapa saya kata begitu? Sebabnya dalam pengajian sebenar PhD kita akan melalui proses yang sama iaitu menjalankan penyelidikan dari a sampai z sendirian. Bezanya, PhD ialah sebuah penyelidikan yang skalanya lebih besar dan kita akan diselia oleh penyelia.


Bakal pelajar tidak terikat dengan pendapat saya ini. Namun fikir-fikirkanlah. Semoga ianya bermanfaat.
Like · Comment · 

Comments

Popular posts from this blog

Wau bulan

Empat tahiyat?

PhD - Apa selepas PhD?