Posts

Qauli dan Fi'li

Saya dan isteri tersenyum mendengar penjelasan seorang Ustaz dalam ceramahnya kepada orang kampung di sebuah masjid yang kami singgah untuk solat jamak zuhur dan asar. “Solat itu ada rukun qauli dan fi’li. Jangan buat yang fi’li sahaja. Kalau sebut Allahu Akbar tu kena jelas lapan hurufnya. Kalau baca fatihah tu jangan baca dalam hati sahaja, bunyinya kena didengar oleh telinga sendiri.” Apa yang menyebabkan kami ketawa? Bukan kerana kelakar atau lucu. Tetapi inilah perkara yang saya dan isteri selalu cakap pada anak-anak terutamanya anak lelaki saya. Kadang-kadang saya tengok dari mula hingga habis solat tidak kelihatanpun mulutnya komat-kamit membaca bacaan dalam solat. Padahal sebahagian dari bacaan dalam solat adalah rukun dalam solat. Saya fikir ini adalah perkara yang ‘common’ bagi anak-anak seusia anak kami. Pada kami, ibubapa kena selalu tengok anak-anaknya solat. Betulkan mana yang patut. Sekadar sedikit coretan di awal minggu. WaLlahu a'lam.

Kusuf, Khusuf atau Khusyu'

Image
"Sesungguhnya matahari dan bulan tidaklah menjadi gerhana disebabkan oleh kematian seseorang atau dihidupkan seseorang, tetapi kedua-duanya adalah termasuk tanda-tanda dari Allah. Oleh itu apabila kamu semua melihatnya maka dirikanlah solat": maksud hadis. Gerhana matahari sebahagian atau penuh dikenali sebagai 'kusuf' manakala gerhana bulan sebahagian atau penuh di panggil 'khusuf'. Kadangkala kedua-duanya dipanggil 'khusuf'. Kejadian khusuf atau gerhana tidak dikaitkan dengan mati atau hidupnya seseorang. Sebaliknya ia merupakan sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Allah SWT. Melihat tanda-tanda kebesaran Allah SWT ini sepatutnya menjadikan kita gentar atau 'khusyu' dengan kekuasaan Allah SWT. Allah yang menciptakan kita dan seisi alam ini. Dialah pula yang mengatur perjalanannya. Dia tidak membiarkan manusia terkapai-kapai mencari panduan hidup lalu mengutuskan pada setiap umat rasul-rasul yang menjadi penunjuk jalan. Dialah juga yang maha ...

Gunung Ledang Lain

Image
Cuti sekolah baru-baru kami tak tidak bercuti ke mana-mana. Kakak yang telah masuk asrama pun lebih suka tinggal di rumah selain menghadiri kem motivasi KAHFI 2011 selama tiga hari. Abang yang sedikit merungut kerana tiada program khas untuknya. Adik pula asyik merengek nak tengok zirafah di Zoo Melaka. Saya pula sedikit sibuk berulang-alik ke Shah Alam berurusan dengan editor bahasa. Namun kebosanan abang dan adik agak terubat juga sebab dapat mandi-manda di Gunung Ledang yang terletak lebih-kurang 20 km dari rumah kami. Kami pergi pada awal pagi hari pertama cuti sekolah. Pagi-pagi memang tak ramai orang dan kami boleh memilih lokasi yang kami mahu. Sebelum balik abang sempat 'sound', ayah! sebelum habis cuti kita mandi lagi ya. Saya hanya tersenyum. Sebelum cuti berakhir, kami mahu membawa anak-anak ke Kolam Air Panas di Labis. Tapi hajat tidak kesampaian sebab ia hanya mula dibuka pada pukul dua petang sedangkan waktu itu baru pukul 9 pagi. Anak-anak mula kecewa. OKlah, kit...

IEEE

Image
Alhamdulillah, dua penyelidikan kami yang telah dibentangkan dalam CSSR 2010 kini boleh diakses di laman IEEE Xplore di sini dan di sini . Penyelidikan pertama adalah hasil kerjasama saya dan dua orang penyelia saya. Dalam penyelidikan kedua pula, saya membantu dua rakan penyelidik dari segi analisis dan interpretasi data. Semoga hasil kajian ini memberi manfaat kepada pembaca.

Mereka tidak tamak

Image
Mahasuci Allah, Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada pada keduanya. Dialah yang menciptakan manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Dialah juga yang menghidupkan dan mematikan. SubhanaLlah. Apabila kita melihat ciptaan Allah, maka kita akan rasa kebesaran Allah SWT. Beberapa hari yang lepas, saya ternampak buah betik yang ranum di hadapan rumah saya. Bila saya hampiri, ada satu lubang kecil pada buah tersebut. Kemudian datang seekor burung murai atau tiong makan melalui lubang itu. Dia makan dua-tiga patuk kemudian pergi. Kemudian datang yang lain lalu melakukan perkara yang sama. Perkara ini berterusan hingga beberapa hari, buah tersebut masih belum habis dimakan. (Nota: gambar diambil dari hongkongwildlifephotos.blogspot.com kerana gambar sendiri tak jadi). Saya berfikir sendirian, burung yang pertama menemui buah ini boleh makan dan menghabiskan buah tersebut tetapi tidak melakukan demikian. Burung kedua juga boleh makan dan habiskan buah betik tersebut tetapi ...

Cahaya Islam di timur

Image
Minggu lepas, mendengar khutbah Jumaat tentang hikmah Tsunami yang melanda negara Jepun terhadap negara itu. Menurut khatib, tidak terdapat tanda-tanda yang mereka mengalami kemusnahan yang teruk berbanding di Acheh dan Sri Lanka. Namun menurut beliau, kemusnahan yang melanda hati mereka-mereka yang terlibat hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. Selama ini mereka yakin bahawa kamajuan yang diurus dengan baik, seperti bangunan yang dibina mengikut spesifikasi, kenderaan yang dicipta dengan ciri-ciri keselamatan dan sebagainya mampu menjaga kepentingan manusia. Namun, musibah tetap berlaku. Mungkin musibah yang melanda membuka hati mereka yang terlibat untuk merasai adanya satu kuasa yang mencipta, menyusun dan mentadbir alam ini. Bila mereka mencari dan mencari mungkin mereka akan menemui kebesaran Allah SWT. Tidak mustahil kalau mereka akan menemui kebenaran dan menjadi satu bangsa yang lebih mulia dari sekarang. Sekarang mereka dimuliakan kerana pencapaian mereka dalam teknologi. Sia...

Halaqah keluarga - Adab

Image
Adab sudah lama tidak diajar di sekolah. Ia digantikan dengan akhlak yang lebih tinggi nilai ilmunya namun belum tentu nilai praktiknya dalam hidup anak-anak. Saya ingat lagi masa sekolah agama dahulu, antara matapelajaran pertama yang diajar di sekolah ialah adab. Kitabnya tidak tebal tetapi mengandungi asas-asas menjaga hubungan dengan Allah, ibubapa dan orang di sekeliling. Di rumah, ibubapa menyambung ajaran guru di sekolah. Kata-kata seperti "jangan lalu di hadapan orang tua, jangan menyampuk cakap orang tua....", selalu diungkapkan oleh ibubapa untuk memastikan anak-anak mempunyai adab dan ada segan silu. Bila mempunyai anak-anak sendiri, kitab-kitab ini tidak lagi ada di pasaran. Nak jumpa gambarnya pun sukar. Nota: Gambar di atas saya ambil dari blog limatahun.blogspot.com ). Pencarian kitab-kitab seperti ini memang sukar. Masuk dan keluar kedai pun belum tentu jumpa. Namun hati masih ingin mencari. Pencarian menemui satu set buku yang agak baru bertajuk Adab Muslim S...