Cahaya Islam di timur

Selama ini mereka yakin bahawa kamajuan yang diurus dengan baik, seperti bangunan yang dibina mengikut spesifikasi, kenderaan yang dicipta dengan ciri-ciri keselamatan dan sebagainya mampu menjaga kepentingan manusia. Namun, musibah tetap berlaku.
Mungkin musibah yang melanda membuka hati mereka yang terlibat untuk merasai adanya satu kuasa yang mencipta, menyusun dan mentadbir alam ini. Bila mereka mencari dan mencari mungkin mereka akan menemui kebesaran Allah SWT.
Tidak mustahil kalau mereka akan menemui kebenaran dan menjadi satu bangsa yang lebih mulia dari sekarang. Sekarang mereka dimuliakan kerana pencapaian mereka dalam teknologi. Siapa tahu, suatu masa nanti mereka akan menjadi mulia kerana Islam pula. Memetik kata-kata Saidina Umar, kami dahulu suatu bangsa yang hina, kemudian Islam datang memuliakan kami...".
Negara Jepun mengikut Geografi adalah yang terawal menerima cahaya matahari setiap pagi. Mungkinkah suatu masa nanti azan dan solat subuh akan dimulakan di sana setiap hari? WaLlahu a'lam.
Comments