Mereka tidak tamak

Mahasuci Allah, Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada pada keduanya. Dialah yang menciptakan manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Dialah juga yang menghidupkan dan mematikan. SubhanaLlah. Apabila kita melihat ciptaan Allah, maka kita akan rasa kebesaran Allah SWT.


Beberapa hari yang lepas, saya ternampak buah betik yang ranum di hadapan rumah saya. Bila saya hampiri, ada satu lubang kecil pada buah tersebut. Kemudian datang seekor burung murai atau tiong makan melalui lubang itu. Dia makan dua-tiga patuk kemudian pergi. Kemudian datang yang lain lalu melakukan perkara yang sama. Perkara ini berterusan hingga beberapa hari, buah tersebut masih belum habis dimakan. (Nota: gambar diambil dari hongkongwildlifephotos.blogspot.com kerana gambar sendiri tak jadi).



Saya berfikir sendirian, burung yang pertama menemui buah ini boleh makan dan menghabiskan buah tersebut tetapi tidak melakukan demikian. Burung kedua juga boleh makan dan habiskan buah betik tersebut tetapi tidak melakukan juga. Mereka tidak tamak dan hanya mengambil hak mereka sahaja. Sifat ini tentunya berbeza dengan sebahagian daripada manusia. Selalu kita dengan ada orang yang mengambil hak orang lain secara tidak betul - tidak jujur dalam perkongsian, melarikan diri dari membayar hutang, menindas dalam monopoli hinggalah kepada mengambil harta awam atau rasuah.



Tentunya kita rasa malu dengan burung yang kadangkala dikata sebagai murai tercabut ekor atau burung tiong yang dikatakan cakap tak serupa bikin kerana mereka lebih mengerti tentang hak orang lain.



MasyaAllah, Allah sentiasa memberikan petunjuk kepada manusia, kadang-kadang melalui perlakuan haiwan.

Comments

Anonymous said…
alhamdulil laah, ape sj yang berlaku di sekeliling kita merupakn pengajaran bagi orang2 yg berfikir. berfikirlaah dgn hati yg jernih.

Popular posts from this blog

Wau bulan

Empat tahiyat?

PhD - Apa selepas PhD?