Berkenalan

"Abang ada ramai kawan kat sekolah, ada darjah satu, darjah tiga, darjah empat dan darjah lima pun ada," kata abang memulakan cerita.

"Kakak pun berkawan dengan semua orang juga," kakak menyampuk. "Ayah tahu tak, kita boleh memulakan perbualan dengan bertanya jam pukul berapa?" kakak meneruskan soalannya.

"Kat mana kakak dapat petua tu?" tanya saya. "Dalam sebuah buku yang kakak baca," sambungnya.

Sebenarnya bukan senang untuk berkenalan apatah lagi untuk memulakan perbualan. Tapi bila dah kenal dan mula berbual kadangkala susah pula untuk berhenti.

Dikisahkan, ada seorang pendakwah sedang menaiki bas menuju ke suatu tempat yang jauh. Di sebelahnya terdapat seorang yang pemuda yang sentiasa memalingkan muka ke tingkap sepanjang perjalanan. Pendakwah tersebut ingin berkenalan dengan pemuda tersebut dan seterusnya menyampaikan dakwahnya.

Setelah berfikir sejenak, pendakwah tersebut telah memijak kaki pemuda di sebelahnya dan meminta maaf lalu berkenalan dan memulakan perbualan. Bermula dari saat itu mereka berbual dan berbincang hingga sampai ke destinasi masing-masing.

Persoalannya, sudikah kita memulakan perkenalan, perbualan dan seterusnya menghubungkan silaturrahim sesama kita?

Comments

Popular posts from this blog

Wau bulan

Empat tahiyat?

PhD - Apa selepas PhD?