Perasaan seorang pensyarah

Ada pensyarah yang dianggap oleh pelajarnya sebagai 'baik' manakala yang lain dianggap sebaliknya. Tapi adakah pelajar benar-benar mengetahui perasaan pensyarahnya?
Saya ingin menceritakan pengalaman peribadi saya memeriksa kertas jawapan peperiksaan akhir pelajar-pelajar saya. Pertama sekali saya akan memeriksa semua helaian dan mengharap semua pelajar saya akan lulus. Selesai memeriksa, saya akan menjumlahkan markah yang mereka perolehi. Sekiranya terdapat pelajar yang markahnya kurang dari 50, saya akan menyemak beberapa kali sehingga pasti bahawa tidak ada markah yang tidak diberi.
Namun kadangkala ada juga pelajar yang tidak lulus menyangka bahawa pensyarahnya tidak memeriksa atau tidak memasukkan markah peperiksaan akhir mereka. Hakikatnya mereka sendiri sebenarnya tahu bahawa mereka tidak menjawab dengan baik.
Jadi, siapakah yang memahami perasaan pensyarah?

Comments

payat inc said…
owh...teringat akan iknlan susu yang sangat menyentuh hati...

anak-anak permata hati ibu, tetapi siapa yang menjaga hati ibu...[kalau tak silap]...

so sekarang, siapa yang menjaga hati lecturer...
Syah said…
Mereka sebenarnya tidak mahu memahami.

Lebih tepat lagi mereka ini sebenarnya EGO dengan diri sendiri!!

Popular posts from this blog

Wau bulan

Empat tahiyat?

PhD - Apa selepas PhD?