Sehari selembar benang

Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain - itulah kata-kata hikmat orang dulu-dulu. Orang dulu-dulu kebanyakannya bekerja sendiri. Pagi menoreh getah dan petang tanam nenas di kebun belakang rumah. Kadangkala selepas asar sempat lagi buat kerja sambilan. Semuanya dilakukan untuk mencari rezeki untuk membeli beras dan menghantar anak ke sekolah.

Sehari selembar benang lama-lama menjadi kain ini dikaitkan dengan kerja sambilan. Ada yang membuat kerja sambilan menenun kain, selembar demi selembar benang ditenun mungkin mengambil masa hingga sebulan untuk menjadi kain. Itu cerita dulu-dulu.

Dalam realiti kehidupan sebagai pensyarah, kerja hakikinya [yang merangkumi 70%] ialah pengajaran dan pembelajaran. Selain dari itu ada kerja-kerja lain yang perlu dibuat [termasuk penulisan].

Kalaulah kerja penulisan ini boleh dianggap sebagai sambilan, maka kita boleh gunakan kata-kata hikmat orang dulu-dulu iaitu sehari selembar benang kita tukarkan kepada sehari selembar [sehelai/semuka surat] kertas lama-lama jadi buku.

Mungkin Ustaz Nawawi [Koordinator UPENA Johor] berkenan dengan kata-kata hikmat ini kerana ia boleh digunakan untuk menggalakkan pensyarah-pensyarah UiTM menulis buku.

Comments

saya setuju cadangan tu. Bagaimana kalau kita mulakan dengan buat satu program -bawah jwt Akademik Upena- menhasilkan buku. kita kumpul sepuluh orang cukup yg betul2 berminat dan kita jadikan mereka dalam satu team yang saling berlumba-lumba nak terbitkan buku.. kita buat semacam cabaran ke gitu..
Ustaz,
Sepuluh orang baru dapat tiga buku [10/3 = 3 1/3]. Saya rasa kena sekurang-kurangnya 15 orang supaya boleh dapat 5 buku. Ok tak Ustaz.

Popular posts from this blog

Wau bulan

Empat tahiyat?

PhD - Apa selepas PhD?