Penemuan pelik

Beberapa tahun yang lepas, saya telah membuat kajian tentang bagaimana pencapaian pelajar sekiranya mereka diajar oleh pensyarah yang bersamaan gender dan berbeza gender.

Hasil dari ujian-t [t-test] mendapati [1] pelajar perempuan yang diajar oleh pensyarah lelaki lebih cemerlang pencapaiannya daripada pelajar perempuan yang diajar oleh pensyarah perempuan; [2] pelajar lelaki yang diajar oleh pensyarah lelaki pencapaiannya lebih kurang sama dengan pelajar lelaki yang diajar oleh pensyarah perempuan.

Apakah rumusannya? [1] Pelajar perempuan menjadikan pensyarah sebagai salah satu faktor penting untuk berjaya. [2] Pelajar lelaki tidak menjadikan pensyarah sebagai satu faktor penting untuk berjaya.

Comments

Syah said…
En Halim,

Inilah dia hukum magnet. Hanya bila kutub utara bertemu kutub selatan, barulah dia melekat!!!

Tapi sesungguhnya ianya satu dapatan yang menarik. Mungkin bole selidik lagi pembolehubah yang terkesan bagi pelajar lelaki..
Syah,

Pelajar lelaki dia pakai hukum lain. Contohnya [1] kebanyakannya belajar di saat akhir kecuali 2-3 orang, [2] 'Black out' masa jawab periksa kerana tak cukup tidur sebab belajar di saat akhir, [3] Masa banyak digunakan di tempat tidur dan di atas motor sebab tu tak ada masa nak belajar.

Walaubagaimanapun sebenarnya pelajar lelaki ada faktor-faktor kekuatan juga.
Assalamualaikum..

En Halim..

Selamat Hari Guru...terima kasih kerana pernah mengajar saya..jasa Enck mengajar saya akan saya kenang hingga akhir hayat..insyAllah.....semoga encik berbahagia di dunia dan akhirat..insyaAllah...
Waalaikumussalam Huda,

Terima kasih atas ucapan tersebut. Selamat hari guru untuk Huda juga [bakal guru].

Popular posts from this blog

Wau bulan

Empat tahiyat?

PhD - Apa selepas PhD?