Haji Mohd Halim

Haji Mohd Halim bin Kadri - itulah penama yang tertera dalam surat yang saya terima pagi ini. Sebenarnya ini bukan pertama kali saya dipanggil begitu. Sehingga kini nama saya telah tertera begitu dalam beberapa helai surat rasmi, sebuah minit mesyuarat rasmi dan sebuah sijil rasmi. Keadaan ini menjadikan saya sedikit risau [cuak] kerana saya belum lagi menunaikan fardhu haji dan baru bercadang nak pergi pada tahun depan.

Saya pernah meminta nama saya dalam minit mesyuarat yang tertera sebagai Haji Mohd Halim Kadri dibetulkan. Namun bos saya mengatakan, "mungkin dah nak sampai seru kot".

Ada sekali saya ditanya oleh pemandu UiTM yang membawa saya ke Shah Alam selepas selesai musim haji. "Hari itu berapa ramai ya yang pergi haji sekali dengan Encik Halim?" Saya kata, "saya tak pergi". "Oh ingatkan pergi hari tu," balasnya.

Mungkin betul juga kata bos saya. Agaknya seruan untuk saya menunaikan haji semakin dekat. Saya memohon yang terbaik dari Allah.

Comments

Assalamualaikum..

Encik Halim..

mudah2han..setiap yang baik yang sentiasa meniti dibibir adalah doa..moga2 ia akan menjadi doa yang akan dimakbulkan Allah..insyaAllah..:)
Huda,
Mudah-mudahan itu semua menjadi doa.
Terima kasih.
payat inc said…
InsyaAllah...
Saya doakan Encik Halim cepat2 pergi...
Terima kasih Fazli,
Jadi ke sambung praktikal sampai bulan 6. Apapun buku log jangan lupa hantar akhir bulan ni.
Syah said…
En Halim...

Payat tak payah hantar buku log.

Sebab dia pakai blog aje..

Popular posts from this blog

Wau bulan

Empat tahiyat?

PhD - Apa selepas PhD?