...Dan, kau kau dah bangun ke? koh..koh..koh... Oi Dan, kau dah bangun ke? Lebih kurang pukul 5.30 pagi saya terdengar seseorang mengejutkan Dan. Suaranya seperti suara ayah Dan, siap dengan batuk-batuk lagi. Tidak kedengaran pula suara Dan menyahut. Suara itu sebenarnya bukan datang dari ayah Dan (Hamdan, jiran emak saya di kampung), tetapi dari seekor burung tiong belaannya yang telah meniru suara ayahnya. Saya selalu menceritakan perihal burung tiong dan burung kakak tua yang pandai meniru kata-kata orang di sekelilingnya kepada anak-anak terutama kakak dan abang. Saya katakan pada mereka bahawa kebolehan kedua-dua jenis burung ini adalah merupakan tanda-tanda kebesaran Allah SWT. Namun ada perkara penting yang kita pelajari tentang kedua-dua jenis burung ini yang kita tidak boleh ikut. Walaupun kedua-duanya pandai berkata-kata: memberi salam, mengucap syahadah, memberi nasihat dan sebagainya, tetapi mereka langsung tidak memahami apa yang mereka katakan. Bahkan sambil memberi salam
Comments
Sekali baca macam eh...macam perli je... tapi mungkin maksud sebenarnya ialah 'alhamdulillah tak gagal'.
Sedikit gembira bila pelajar ucap terima kasih.
Kadangkala dapat C pun mereka dah kena bersyukur sebab kawan-kawan mereka ada yang dapat D.
Boleh je saye bawak encik pergi ke jeram tu...
tapi memang masuk ke dalam hutan sikit la...kereta pun boleh masuk...
tapi name pun dah jeram kan...
so kecik sikit la, xmacam gunung ledang nun...
tp ade good news, it's free!!!
En. Halim,
Selamat belajar. Nanti bolehlah kita sama-sama belajar.
Semoga kita semua berjaya dengan cemerlang