Perasaan pensyarah 2

Sejak petang Jumaat yang lepas [6.6.08] saya telah menerima panggilan dan sms bertalu-talu dari pelajar-pelajar saya. Dua pertiga daripadanya mengucapkan syukur dan terima kasih kerana telah lulus dalam FAR450 dan sebahagian lagi telah berjaya lulus FAR400 [yang menggerunkan] setelah beberapa kali diambil. Ada juga bertanya tentang RMP dan sup-paper. Beginilah panggilan dan sms bermusim selepas keputusan peperiksaan diumumkan.

Comments

im said…
Ada seorang pelajar saya hantar sms, "Puan, terima kasih kerana bagi saya B".

Sekali baca macam eh...macam perli je... tapi mungkin maksud sebenarnya ialah 'alhamdulillah tak gagal'.

Sedikit gembira bila pelajar ucap terima kasih.
Betul tu Im.
Kadangkala dapat C pun mereka dah kena bersyukur sebab kawan-kawan mereka ada yang dapat D.
Anonymous said…
Tapi, ada juga pelajar yang minta semak semula walau dah dapat A-
Tak apa la 'anonymous' itu hak dia. Cuepec pun selalu minta kerajaan semak gaji kita walaupun tiap-tiap tahun dah ada anjakan. Ye tak?
payat inc said…
erm...yang penting bersyukur, nanti Tuhan tambah la tuh...
payat inc said…
En. Halim,
Boleh je saye bawak encik pergi ke jeram tu...

tapi memang masuk ke dalam hutan sikit la...kereta pun boleh masuk...

tapi name pun dah jeram kan...
so kecik sikit la, xmacam gunung ledang nun...

tp ade good news, it's free!!!
Betul tu Fazli. Maksud firman Allah: Sekiranya kamu syukur nescaya Aku tambahkan untukmu, tetapi sekiranya kamu kufur [ingatlah] azabKu amat pedih.
Khairul said…
Salam
En. Halim,
Selamat belajar. Nanti bolehlah kita sama-sama belajar.

Semoga kita semua berjaya dengan cemerlang
Semoga Khairul tidak jemu membantu saya...

Popular posts from this blog

Wau bulan

Empat tahiyat?

Burung Tiong