Peperiksaan UiTM bermula

Hari ini, 29 Oktober 2008, bermulalah episod peperiksaan akhir bagi pelajar-pelajar UiTM di Johor khususnya. Suasana peperiksaan telah menyelubungi seluruh kampus. Ia dapat dilihat dari beberapa petunjuk. Pertama, pintu bilik gerakan peperiksaan dibuka (dengan luas), kedua, kereta di tempat parkir pensyarah blok A kurang dari kebiasaan, ketiga...

Inilah kali pertama sejak 11 tahun yang lalu, saya tidak terlibat secara langsung dengan peperiksaan pelajar kerana menyambung pengajian. Kalau tidak, biasanya waktu-waktu begini, saya dan rakan-rakan sedang bertungkus-lumus menyediakan markah penilaian berterusan dan menjaga peperiksaan 3-5 kali sepanjang musim peperiksaan. Ditambah pula dengan 'kerajinan melampau' pelajar-pelajar untuk berjumpa pensyarah di musim peperiksaan sebagai langkah terakhir menghadapi peperiksaan.


Buat rakan-rakan pensyarah, selamat menanda kertas peperiksaan. Buat rakan-rakan di perpustakaan dan akademik, terima kasih diucapkan atas kerja keras anda. Buat pelajar-pelajar, selamat menghadapi peperiksaan. Keputusan yang baik dalam peperiksaan boleh membantu mengubah masa depan anda (dengan izin Allah).

Comments

Anonymous said…
Salam.

Buat kawan2 yang sama2 tengah bertungkus lumus phd takde ucapan khas ke?... he he he
Salam Sham.

Buat rakan-rakan yang sedang bertungkus-lumus untuk mendapatkan PhD, buatla apa yang patut.
Syah said…
Tu lah... tengah pikir apa yang patut-patut di buat ni !!!!
Anonymous said…
Salam.

Camna kalau banyak yang kita rasa patut, tiba2 supervisor kata tak patut??...

Mmmm... patut... tak patut... camna ni? idea dah tersangkut!!!
Syah,

Apa nak fikir-fikir lagi...kan dulu dah fikir masak-masak.

Sham,

Yang jadi macam tu sebab Sham banyak sangat idea kot. Cuba bagi idea tu sikit kat saya dan Syahrul.
Syah said…
Sham,

maksud supervisor tu..tak patut buat satu..patut buat dua phd sekaligus tu!!!

Lagi satu.. dia rasa tak patut sebab, dia dulu buat simple aje..takkan student dia nak buat lebih2...hehehe tak ke tak patut jawapnya???

Sorry..gurau sebab terlebih pikir apa yang patut sepatutnya....

aku ni sepatutnya....hmm patut ke tak patut ni????

Popular posts from this blog

Wau bulan

Empat tahiyat?

Burung Tiong