KAD SKOR BERIMBANG SEBAGAI ALAT MENGUKUR PENCAPAIAN PERNIAGAAN
Menguruskan perniagaan bukanlah semudah ABC atau 123. Selain daripada modal yang mencukupi, pengalaman dan pengetahuan yang luas serta minat yang mendalam, sesebuah perniagaan pelu diuruskan dengan teknik-teknik yang berkesan. Dari situ pencapaian sesebuah perniagaan bukan sahaja boleh dicapai tetapi juga boleh diukur.
Di antara
teknik-teknik berkesan yang pernah digunakan oleh syarikat-syarikat besar untuk
mengukur prestasi sesebuah perniagaan ialah dengan menggunakan Kad Skor
Berimbang yang lebih dikenali dalam Bahasa Inggeris sebagai Balanced Scorecard.
Kad Skor Berimbang
ialah satu sistem atau kaedah pengukuran pencapaian dengan melihat pencapaian
sesebuah perniagaan menerusi empat dimensi. Dimensi tersebut ialah (1) dimensi
kewangan (financial), (2) dimensi
pelanggan (customer), (3) dimensi
proses dalaman perniagaan (internal
business process) dan (4) belajar dan berkembang (learning and growth).
Melihat pencapaian
perniagaan dari sudut kewangan dianggap sebagai penilaian tradisional yang mana
sesebuah perniagaan dianggap cemerlang sekiranya nisbah-nisbah kewangan
(financial ratios) syarikat tersebut adalah positif. Walaupun ia dianggap
penilaian tradisional, sudut pandangan kewangan tidak boleh diketepikan begitu
sahaja.
Penilaian dari
sudut kewangan boleh diukur dengan pelbagai ukuran seperti nisbah keuntungan
bersih sesaham (earnings per share), nisbah keuntungan berbanding aset (return
on asset), nisbah keuntungan bersih (net profit ratio) dan lain-lain.
Bagaimana
nisbah-nisbah ini dapat menunjukkan sesebuah perniagaan dilihat cemerlang dari
sudut kewangan? Nisbah keuntungan bersih sesaham membandingkan keuntungan
bersih berbanding jumlah saham syarikat. Jadi nilai nisbah ini menunjukkan
berapakah pulangan maksima yang boleh diberikan oleh sesebuah syarikat kepada
pemegang-pemegang saham. Semakin tinggi nilai keuntungan bersih sesaham,
semakin tinggi potensi nilai dividen yang akan diagihkan kepada
pemegang-pemegang saham. Nisbah keuntungan bersih sesaham yang negatif pula
menunjukkan bahawa pemegang saham tiada harapan untuk mendapat dividen untuk
tahun tersebut.
Nisbah keuntungan
berbanding aset pula mengukur keupayaan sesebuah perniagaan untuk menggunakan
semua asetnya untuk menghasilkan pendapatan dan seterusnya merekodkan
keuntungan bersih. Semakin tinggi nilai keuntungan berbanding aset, semakin
cemerlanglah sesebuah syarikat dilihat oleh pelabur-pelabur. Nilai keuntungan
berbanding aset yang rendah kadangkala dipengaruhi oleh kewujudan aset-aset
yang tidak lagi produktif atau lebih teruk lagi tidak mampu beroperasi tetapi
masih lagi disimpan oleh syarikat.
Nisbah keuntungan
bersih pula menggambarkan bagaimana sesebuah perniagaan mengawal kos dan
perbelanjaan syarikat. Kadangkala, syarikat berjaya membuat jualan dengan nilai
berjuta-juta ringgit, namun sebahagian besar atau semua hasil jualan tadi
dipulangkan kepada pembekal dan selebihnya untuk membayar kos operasi yang
meningkat dari masa ke masa.
Penilaian dari
sudut kewangan amat mudah difahami kerana ia dipersembahkan dalam bentuk
angka-angka yang dengan mudah akan difahami.
Sudut kedua yang
dinilai Kad Skor berimbang ialah pelanggan. Bagaimana pelanggan melihat
pencapaian sesebuah syarikat. Pelanggan terdiri dari pembeli mahupun pembekal.
Ada pembeli dan pembekal yang berusrusniaga secara tunai, ada juga yang
berurusniaga secara kredit. Apakah bentuk pengukuran yang boleh menggambarkan
sesebuah syarikat dilihat cemerlang di sisi pelanggan. Secara kualitatif, kita boleh
melihat dari segi jumlah maklumbalas yang diterima dari pelanggan. Walaupun
jumlah aduan tidak secara langsung menggambarkan tahap pencapaian syarikat, ia
sedikit sebanyak memberi gambaran tentang tahap kepuasan pelanggan terhadap
syarikat.
Sudut pandangan
pelanggan juga boleh diukur menerusi nisbah kewangan yang berasaskan kepada
pelanggan seperti purata tempoh kutipan (average collection period) dan purata tempoh bayaran (average payment period) -
(bersambung)
Comments
https://www.academia.edu/13370029/Kad_Skor_Berimbang_Mengukur_Pencapaian_Perniagaan