Segamat - Shah Alam - Segamat 2
Sebagai alternatif kepada memandu, saya telah menerima pandangan beberapa rakan [termasuk rakan maya Wanz]. Saya bertolak dari Segamat pukul 2.00 pagi dengan menaiki keretapi dan sampai di KL Central lebih kurang pukul 6.00 pagi. Selepas solat dan bersarapan, menaiki komuter hingga ke Shah Alam, naik teksi hingga ke Seksyen 2, naik RapidKL untuk pergi ke Fakulti. Habis keperluan di Fakulti, naik semula bas RapidKL ke Seksyen 2, naik teksi ke Sekyen 17 untuk naik bas pula pada pukul 6.00 petang dan sampai di Segamat kira-kira pukul 10.00 atau 11.00 malam. Satu perjalanan yang panjang.
Comments
Namun saya pasrah. Itulah tandanya ALlah maha berkuasa, dan kita hanya insan yang lemah. Namun kita harus berusaha, bertawakal dan berserah kepadaNya.
Terima kasih kepada umi dan anak-anak yang terus memberi dorongan kepada ayah.
Ini semua baru permulaan. Terima kasih atas nasihat dan semangat yang diberikan. Untukmu juga.
Kalau jalan-jalan kat Perth tak penah kot? Sebab sana sejuk.
- wan kksegamat