Segamat - Shah Alam - Segamat
Segamat - Shah Alam - Segamat. Itulah 'route' saya dua kali seminggu. Saya kena berada di Shah Alam untuk mengikuti seminar mingguan yang dianjurkan oleh Fakulti yang biasanya diadakan pada hari Rabu. Seminar pertama [9.8.2008] menampilkan Prof. Sakthi Mahenthiran dengan tajuk 'Corporate Governance'.
Pada hari Sabtu dan Ahad pula IPSIS mengadakan kuliah kaedah penyelidikan. Kuliah minggu pertama [12-13.8.2008] dijalankan oleh Dr. Chan dan Dr. Parmjeet dari Fakulti pendidikan. Mereka telah membincangkan tentang 'Problem', 'Title', dan 'Literature Review'.
Comments
Semoga encik diberikan kekuatan untuk meneruskan pengajian dengan cemerlang..insyaallah..:)
Terima kasih atas doa tersebut. Macam mana cabaran semester baru?
Alhamdulillah..semuanya ok semester baru ni..cuma awal2 lagi saya diuji dengan kena demam yang teruk...tulah dugaan Allah...apa2 pun kena sentiasa bersyukur kerana dipilih Allah untuk tempuh ujian ni...:)
Terima kasih kerana melawat blog saya. Terima kasih juga kerana beri maklumat tentang bas Segamat-Klang. Wanz bertugas di mana ya?
hehehehe... macam aku plak... Ampang-Kluang-Ampang... rumah di Ampang, ofis di Kluang... perghhhh... kalau ikut-ikutkan letih... tapi nak buat macam mana... barangkali jiwa Banjar kut... ahaaaaa...
terima kasih sebab melawat blog saya... apa pun, saya perlu mengaitkan blog saudara ke dalam blog saya... ada input menarik dalam bidang yang saya minati... hehehe...
Semoga berjaya dalam pengajian dan dipermudahkan segala urusan olehNya..teringat saya selama setahun selepas berkahwin saya berulang-alik dari Sbrg Jaya ke USM menaiki jambatan P.Pinang yang akan sesak dengan kenderaan pada6.45 pagi demi menghadiri kuliah, kemudian bersesak-sesak semula untuk pulang pada jam 4.45 ptg stiap hari kerja. Alhamdulillah sekarang tak perlu begitu lagi. Begin with the end in mind.. demi ilmu dan masa depan yang lebih baik, insyaAllah
Terima kasih atas doa tersebut. Memanglah menuntut ilmu perlukan banyak pengorbanan terutama pada peringkat pengajian sekarang ni. Ilmu tidak diajar tetapi dicari.
Saya dapat bayangkan macam mana sibuknya Jambatan Pulau Pinang dan juga ferinya. Saya berada di USM pada 18 dan 19 Jun lepas untuk bentang kertas kerja. Masuk ikut jambatan keluar ikut feri.
InsyAllah.. sy pun bakal merasa apa yang abg rasa. Mungkin sama kot kat uitm sh alam smbg blaja nanti. InsyAllah moga dipermudahkan..