Halaqah keluarga - langit terbelah

Fenomena langit terbelah pernah berlaku di Kangar, Perlis pada bulan Mac 2010. Peristiwa yang hampir sama muncul pula di Kota Jokjakarta pada bulan April 2010. Kemudian langit umpama terbakar di Papua New Guinea pada Ogos 2010. Kedua-dua gambar ini dipetik dari blog kangdii.blogspot.com.


Namun ketiga-tiga peristiwa tersebut bukanlah kejadian sebenar sebagaimana yang dijelaskan oleh Allah dalam surah al-insyiqoq yang menceritakan pada hari Kiamat langit akan terbelah sebagai tanda tunduk dan patuh kepada Allah SWT. Bumi pula akan diratakan sehingga segala isi yang terkandung di dalamnya akan dimuntahkan keluar.


Saya mengajak anak-anak untuk membayangkan betapa dahsyatnya keadaan ketika Kiamat berlaku. Langit yang tujuh lapis itu terbelah dan pasti runtuh, bagaimana pula segala isi langit - bulan, bintang, matahari. Bayangkan pula bumi yang selama ini bulat diratakan, apa yang akan berlaku kepada benda-benda di atasnya dan juga di dalamnya? Pada ketika itu manusia yang telah meninggal akan dibangkitkan. Masing-masing akan menerima catatan amalan dari kanan atau belakang. Orang yang menerima buku catatan amal dari kanan akan pulang kepada kaumnya dengan penuh kegembiraan. Bayangkan amalan di dunia dicatat berganda-ganda 10 hingga 700 kali ganda. Manakala yang menerima buku amalannya dari belakang akan pulang kepada kaumnya dengan dengan berteriak "celakalah aku".


Dengan begitu banyak ayat-ayat Allah yang menceritakan tentang dahsyatnya hari Kiamat, masih ragukah kita dengan hari tersebut?

Comments

Popular posts from this blog

Wau bulan

Empat tahiyat?

PhD - Apa selepas PhD?