Masjid An-Naim
Semalam, saya bersolat Jumaat di sini. Masjid penuh dan sepertiga dari jemaahnya adalah pelajar-pelajar sekolah. Mula-mula masuk sekumpulan pelajar tahfiz berjubah putih dan berserban atau berkopiah putih. Selepas solat sunat, mereka mengambil naskah al-qur'an dan membacanya.
Kemudiian, muncul pula pelajar-pelajar berjubah kelabu dan berkopiah masuk ke masjid dan duduk berkelompok bersama seorang guru yang berpakaian sama, mungkin dari sekolah pondok. Selepas itu muncul pula pelajar-pelajar berbaju hijau muda dan berkopiah atau bersongokok. Salah seorang darinya menyapa dan bersalam dengan saya. Mereka pun duduk bersama kelompok mereka. Kesemua pemuda ini tidak bising atau bersembang-sembang sebagaimana yang saya temui di tempat lain.
Hati saya menjadi sejuk duduk di masjid ini. Semoga pemuda-pemuda ini mengekalkan kebersamaan mereka dalam kerja-kerja meninggikan Islam semasa mereka dewasa nanti.
Masjid An-Naim, insyaAllah saya akan berkunjung lagi.
Comments