Cukup keraskah kepala mereka?

Agak kasar tajuk entri ini. Tapi percayalah entri ini ditulis dalam keadaan tenang dan sabar.


Pagi tadi, seperti biasa saya menghantar anak ke sekolah hingga ke Gemereh. Saya memandu tidak laju dan bukan mengejar masa. Sampai di Simpang Kampung Bukit Tunggal, tiba-tiba sebuah motosikal yang dinaiki oleh dua pelajar sekolah melintas dan memperlahankan kenderaan, kemudian mereka memecut dan memotong dari arah kiri sambil beberapa kali menoleh ke belakang - mungkin ingin melihat respon saya. Astaghfirullahal'azim, saya beristighfar dalam hati, apa yang mereka nak tunjukkan sebenarnya?


Sepanjang jalan hingga sampai ke Gemereh, saya berfikir, apakah anak-anak muda ini kurang kasih sayang dan inginkan perhatian seperti budak-budak kecil. Ataupun mereka merasa bahawa tubuh badan mereka cukup sasa hingga tidak takut sekiranya jatuh akan tercedera atau terluka.


Wahai anak-anak muda, jalanraya bukanlah satu tempat untuk bersukaria. Sebaliknya ia adalah tempat yang popular di mana 'malaikat maut' selalu mengambil nyawa. Memang ajal maut telah ditentukan oleh Allah, tapi tiada jaminan kita akan sentiasa sihat sehingga waktu itu sampai.


WaLlahu a'lam. Saya mohon ampun kepada Allah.

Comments

Popular posts from this blog

Wau bulan

Empat tahiyat?

PhD - Apa selepas PhD?