Cita-cita anak-anak

Tiap-tiap pagi kecuali di luar kawasan, lebih kurang pukul 6.45 atau 6.50 saya akan menghantar anak-anak ke sekolah. Mood perjalanan bergantung kepada mood anak-anak. Kalau anak-anak ceria, kami akan berbual, kalau tidak diam saja dengar nasyid atau bacaan al-Qur'an oleh qari-qariah AQ.

Suatu pagi yang ceria saya bertanya anak-anak tentang cita-cita mereka. "Abang nak jadi cikgu bahasa Melayu," kata Abang mendahului kakaknya. "Kenapa abang nak jadi cikgu bahasa Melayu?" tanya saya. "Sebab jadi cikgu bahasa Melayu boleh rotan dan tarik telinga budak-budak yang tak buat kerja sekolah," katanya selamba. "Ish-ish-ish..ada ke nak jadi cikgu sebab nak rotan budak. Abang selalu ke kena rotan dan tarik telinga? tanya saya lagi. "Abang tak selalu kena sebab abang siapkan kerja sekolah, tapi kawan-kawan ramai yang kena," katanya lagi.

Saya bertanya kepada Kakak, "Kakak pulak nak jadi apa?" "Kakak nak buka kedai kek atau makanan dengan Umi, Kakak suka sangat tengok resepi." Kata Kakak. "Kan dulu kakak nak jadi saintis, sejak Kakak suka makan ni Kakak nak buka kedai makanan pula.." kata saya. "Tak apalah kakak nak buat kedai kek, lagipun sekarang ni tak banyak kedai kek yang diusahakan oleh orang Islam, itu sebab kakak nak buat tu." Kata kakak lagi.

"Sebenarnya cita-cita Abang dan Kakak tu bagus. Tapi niatnya kena betul. Kita nak jadi guru bukan sebab nak merotan tetapi kita nak mendidik anak murid supaya jadi manusia yang berguna untuk diri dan orang lain. Kalau kita nak buka kedai kek pun niat kita kena betul. Kita buka kedai kek sebab nak laksanakan tuntutan fardu kifayah bukan untuk dapatkan untung semata-mata." Komen saya terhadap cita-cita anak-anak.

Comments

HishamMB said…
Salam.

Boleh tak kerja mendahului niat? Maksud saya, dapat kerja dulu, lepas tu baru pasang niat. Atau cita-cita nak kerja lain, tapi kerja lain pula yang dapat, dah dapat tu barulah pasang niat...

Mmm... rasa2nya selalu kita dengar hadith Nabi SAW "bahawa setiap amalan itu dengan niat", tapi tak pulak kita dengar hujah yang niat itu mesti di awal amal atau sebelum amal, kecuali ibadah khusus la kot macam solat, puasa, haji...

Mmmm.... camna ya?

WALLAHu-a'lam.
HishamMB said…
This comment has been removed by the author.
Salam Sham...

Belum dapat kerja pun kita dah boleh pasang niat (lintasan hati). Masa kita minta kerja pun kita boleh pasang niat. Ya Allah berilah aku kerja..kalau aku dapat kerja aku akan bantu ibubapa aku, nak bantu adik-adik aku - itupun niat juga. Lepas tu bila dah dapat kerja pun kita boleh niat tiap-tiap hari.

Memang betul ibadah-ibadah khusus perlu disertai dengan niat di permulaannya contohnya wudhu niatnya ketika membasuh muka dan solat ketika takbiratul ihram. Niat puasa sunat boleh dibuat di siang hari selagi belum melakukan perkara yang membatalkan puasa.

Komen saya terhadap cita-cita anak-anak ini berunsur pendidikan. Bagaimana seharusnya seorang bapa menanamkan nilai-nilai Islami dalam diri anak-anak yang telah mumaiyiz. Anak-anak suka kepada perkara yang menyeronokkan termasuk cita-cita. Namun perkara yang menyeronokkan tersebut ada kalanya baik dan ada kalanya tidak baik. Mana yang tidak baik perlu diluruskan.

Popular posts from this blog

Wau bulan

Empat tahiyat?

Burung Tiong